Hai sayang-sayang skalian!
Nak kongsi cara pemakaian PB la hari ni!
Sesiapa yang dah pernah pakai,mesti rasa best kan! Tapi masa 1st time pakai, azab rasanya! Peluh jantan pon keluar! haha.
Ok, pada mereka yang excted nak pakai PB, meh saya tunjukkan step secara tulisan dahulu.
Berikut adalah cara-cara atau tips pemakaian korset Premium Beautiful dengan betul.
Langkah 1:
Long Girdle
(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa
Nota: * Untuk memudahkan si pemakai, buat bukaan kaki besar seperti kekuda dan lenggokkan badan kiri dan kanan macam gerudi inul.haha.. Agak2 la..Pada mulanya memang akan terasa ketat tapi anda akan rasa selesa dan senang pakai selepas beberapa minggu kerana kainnya akan mengembang sedikit mengikut size ideal badan anda.
Langkah 2:
Long Bra
(1) Sarungkan bra ke badan dan letakkan payudara ke dalam cawan bra
(2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang badan
(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang badan dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
(5) Betulkan kedudukan bra
Nota: * Jika tangan anda tidak sampai ke belakang dan tiada siapa yang boleh tolong cangkukkan, maklum la,tak kawen lagi kan,hehe..anda boleh pakai kain batik atau apa2 kain terlebih dahulu (berkemban) dan cangkuk dari depan dahulu dan barulah pusingkan Premium Beautiful tu ke belakang sebab tanpa kain alas, PB ni tak boleh dipusingkan sebab ia dah melekat pada badan. Kalo dah kawen pon,boleh pakai sendiri ok..hehe.
Langkah 3:
Waist Nipper
(1) Lekatkan kesemua cangkuk
(2) Betulkan kedudukannya
(3) Tarik tali pelaras
(4) Tahan nafas dan cangkukkan
(5) Pastikan ianya selesa
Nota: *Pastikan bahagian tali di belakang, selari dengan tulang belakang kita. Atau pon,kedudukan ketiga-tiga set lengkap PB tersebut,diamondnya berada di tengah badan.
Selamat mencuba ye!
Yang tak dapat PB lg dari saya, sabar ye..
Kalau ada masalah, sila hubungi saya dengan segera.
No comments:
Post a Comment